Bubbly Babbling

Bla bla bla, yadaa yadaa yadaa, blurp blurp blurp...


This post is all about the contest. Takde pape sebenarnya, saje je suka suki nak masuk, berangan la tu. HAHA. Ini link dia if anyone would like to join. [click]

Here is my photo

Sharing is caring... Ignorance is bliss, Knowledge is POWER

I believe in changing the world to be a better place. Well, of course la it's sounds a bit mcm impossible kan but at least if I can change one person, that person can possibly change a town, and that town can change a country, and that country can change a nation, and that nation can influence other nations, and all the nations can together change the world. Picture above is when I gave a somewhat motivational sharing with my super junior at my former school last November. Hmm, they do seems know how to give attention right. >_<

I am very dissapointed with myslef right now, sebabnya cuti dh nak habis tapi segala mala kerja yang bergunung tu aku haram nak siapkan. Well, yang penting just two only la, but then aku take time yang amat-amat lah lama. I mean like novel Madam Bovary pun aku amek mase dalam dh dekat 2 minggu tapi bukan nak habis-habis pun cerita tu. Dah la ditranslatekan, jadi pelik wal ma'lik pulak ayat die. Cerita best tapi jalan cerita boring, erk, cmne tu. Mnggu depan dah nak balik KMB, terpaksa balik awal sebab ade kem Pushing Boundaries tu, ah burn seminggu cuti aku, tapi aku harap-harap la kem tu berbaloi, kalau tak maki serapah je la aku nye nanti.

Cuti ni buat rekod baru pulak, bangun pagi pukul 3.30 p.m. 'bangun pagi' ape mnde nye dah petang gajah dah. Nak buat mcm mane, pagi2 org duk sibuk buat kerja aku pun buat la mind map aku sendiri. Malam2 org duk terkangkang atas katil, aku duk berkhayal ke sana ke mari dalam rumah xde keje. HAHA! Well, remaja lah katakan...padahal x sedar dah 18....haha~

Mak aku pulak minggu ni malas nak masak, jadi dia paksa sume puasa senang so that die masak dinner je. Adui, aku pun puase je la. Tapi makan bukak pose sedap woo..dua hari lepas lasagna, semalam spaghetti, hari ni plak black pepper steak dan esok lak chicken chop kot. HAHA, dah jadi mata biru la sume, mmg konpem aku survive kt overseas nnti. Ape x nya, kat local mkm makanan oversea, kt oversea haruslah lupakan mkanan local. Ha pasl oversea ni aku nk crite satu mnde jugak, yela kan, aku terkandas di dalam dunia IB yang sememangnya menguji jiwa raga hati sanubari manusia ni, terasa la kejelesan aura kecemburuan aku tu yang kat makhluk2 yang dh fly tu. Haisy, takpe lah, kena la struggle. Struggle x struggle, exam hari tu macam ape je, terberak ade lah. Aku x rase dpat lepas 35 point, dalam 30 je kot. Yela, ape x nye, aku tinggal dekat 2 page x berjawab, 2 page yang mengandungi banyak soalan la, bukan satu dua soalan, ade ke patut. Bukan ape, aku x taw la pulak page tu wujud jadi aku x jawab la, tup tup tup nak habis mase dah datang page tu tayang body depan aku, aku panik r, lantak la x berjawab. HAHA! Ah, biarkan jueh, masa masih ader...haha, ye ye je ko...

Aduh, tolonglah semangat woi!!! datanglah kejap, siyes aku kate, aku cam xde semangat je duk kat rumah ni. Even nak bangung pun cam xde semangat, ade ke patut. Tu yang sampai pukul 18 bangun tu mcm mak aku kate. Camne ni!? Camne ni!? AH!!!!!???

Pernahkah anda terfikir, bahawa dalam dunia ini, segala-gala yang berada di sekililing anda, adalah tanda kebesaran dan keagungan Tuhan Yang Maha Esa? Lihatlah di sekililing anda, tidakkah anda dapat melihat keajaiban dan keindahan alam ini terbentang luas tidak terkira jauh di sudut pandangan mata. Awan yang berlalu pergi, langit yang cerah dan biru kelembutan, planet-planet dalam orbit masing-masing, begitu juga matahari dan bulan....berada dalam keadaan yang sempurna dan harmoni ciptaannya...

Tanyalah diri sendiri, tidakkah begitu banyak bukti untuk kita lihat, agungi dan kagumi? Atau adakah kita begitu buta sehingga menolak hakikat ini dan bukti yang dikatakan kabur di hadapan mata kita. Ya, mungkin kita telah menjadi buta...kenikmatan dunia dan kelalaian serta kealpaan kita sebagai manusia menghalang kita melihat segala-galanya. Apa yang ada di mata kita hanyalah yang tersurat....manakala di sebaliknya terkandung satu keagungan yang tersirat yang kita gagal untuk ungkaikan....

Marilah sama-sama kita merenung sejenak, renungan yang mungkin membuka hati kita, menyedarkan siapa kah kita dan sememangnya keagungan Tuhan itu berada di hadapan mata kita. Bukalah mata anda, bukalah hati anda, dan bukalah minda dan akal anda sebaik-baiknya. Kita tidak mampu untuk berselindung dan lari daripada kebenaran selama-lamanya. Biarkanlah keindahan tersebut datang kepada anda, biarkan ia mengejutkan anda dan menyedarkan anda dalam keadaan yang paling baik. Berdoalah wahai sahabat-sahabatku, ingatlah bahawa Allah yang memberi petunjuk dan hidayah kepada kita setiap hari setiap masa setiap detik setiap saat. Ya Allah, dekatkanlah kami di sisiMu sehingga akhir hayat kami, dan wahai Tuhan Yang Maha Agung, janganlah Engkau jauhkan kami daripada rahmatMu sehinnga penghujung masa...

Sekarang, lihatlah dalam diri anda. Sesungguhnya aturan yang begitu sempurna bersembunyi dalam diri anda dan mengalir dalam saluran darah dan saraf anda. Fikirlah sejenak, segala perasaan yang kita alami - marah, cinta, kasih, sakit, rindu, gembira, sedih dan sayang, dapatkah disentuh dan dirasa dengan tangan anda? Jadi apakah perasaan yang kita manusia alami itu tidak wujud sebenarnya? Sekali lagi, tidakkah itu menjadi bukti kepada kewujudan Tuhan yang Maha Agung? Ya, bukalah mata hati anda....lihatlah kebenaran dan renungkanlah sejenak...

Bayi yang dilahirkan, begitu lemah, kecil dan rapuh. Mengikut masa anda melihat dia membesar menjadi seorang pemuda gagah perkasa atau seorang pemudi indah pekerti. Di hadapan mata anda itu, adalah satu keajaiban terbesar kehidupan ini. Sesungguhnya Allah pencipta segala-galanya, kita datang dan kembali kepadaNya. Ya Allah, kami tadahkan tangan kami, di bawah naungan kesyukuran, kami berterima kasih atas nikmat kurniaMu terhadap kami. Buat selama-lamanya kami bersyukur kepadaMu Ya Allah. Alhamdulillah...

It's Me

Loading...

Welcome

Desire of what I want..Dreaming of what I can't..Believing of what I am..

Who Am I?

My Photo
AxL VoGa
Never ending searching for true happiness - the blessing from Allah Almighty
View my complete profile

Love 'Letters'


ShoutMix chat widget

My Starfish